Tetamu Kehormat ;)

Monday 11 August 2014

Gempar: Anggur Ajaib Dalam Vivix!!

Haiii kesayangan semua. Haa tudia sahuq sahuq ni dan lagi 
nak hupdate pasaiii berita tergempaq haaa.
Saja ja naaa nak kasi gempaq. Ada gaya Mummy Jarum dak?
Hahaha
Ok, cukuplah merapu meraban. Now let's go 
to the point. InshaaAllah kali ni Amani nak share sikit knowledge
pasal ANGGUR dalam entri kali ni :)


Anggur ni sangat-sangatlah istimewa. Nak tau kenapa 
Amani cakap camtu?


Sebab... 

Menerusi kajian secara ilmiah mengenai buah anggur, 
diyakini bahawa ia memiliki khasiat dari sudut perubatan. 
Anggur merupakan sejenis buah rendah lemak, 
dan disebut-sebut sebagai makanan fungsional yang 
banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang terkandung 
kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular.


Anggur mengandungi 70 % kalori per setengah cawan dan
 merupakan sumber potassium, vitamin C dan pectin – sejenis 
serat yang dapat membantu mengurangi kolesterol darah. 


Bila telah dikeringkan ia dipanggil kismis, 
anggur memiliki konsentrasi gula dan zat besi yang tinggi. 
Anggur juga mengandungi beberapa phytochemical termasuk 
resveratrol yang terdapat dalam kulitnya. 
Dalam beberapa penelitian terhadap resveratrol 
yang terdapat dalam kulit semua jenis anggur,
 ianya baik untuk mengurangi risiko kanser payudara, 
kanser hati, kanser usus dan penyakit jantung.


Anggur yang segar bukan sahaja mengandungi vitamin 
yang baik untuk kesihatan. Selain untuk dimakan, anggur juga 
boleh dijadikan sebagai bahan kecantikan. Sekiranya dijadikan 
sebagai bahan dalam bentuk krim, ia mampu menyerap ke dalam kulit. 
Krim yang diperkaya dengan vitamin daripada pokok anggur 
yang mampu hidup sehingga 60 tahun itu, dapat mengurangkan 
garis halus, mengawal jerawat yang baik dan turut membantu 
mengawal sejenis masalah kulit iaitu psoriasis.


Kajian menunjukkan anggur bukan saja membekalkan kandungan
 vitamin C yang tinggi, bahkan boleh membaiki tahap anti oksida 
dalam tubuh manusia. Kehadiran tinggi radikal bebas yang 
berpunca daripada pelbagai elemen seperti pencemaran 
didapati antara punca utama yang menyebabkan kulit
 mengalami proses penuaan dengan cepat.


Justeru, apa saja yang mengandungi bahan anti oksida 
berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Anggur diantaranya. 
Tidak hairanlah pengambilan anggur digalakkan berikutan 
kandungan anti oksidanya yang tinggi. Anggur yang 
mengandungi vitamin C memang terkenal peranannya 
mencantikkan kulit wajah juga berfungsi sebagai anti oksida.


“Ia juga membantu meneutralkan kemusnahan molekul radikal 
bebas kulit, membantu melindungi kulit daripada kesan 
kemusnahan sinar UVA dan UVB yang boleh merosakkan kulit.


“Selain buah, biji anggur pula dikatakan 50 kali ganda 
lebih efektif sebagai anti oksida berbanding vitamin E, 
malah membantu kelembapan kepada kulit. 
Sementara daunnya pula yang kaya dengan polyphenols 
membantu dalam proses pembuangan toksin tubuh,”


Di antara sekian banyak buah-buahan Buah Anggur 
telah disebutkan sebanyak 14 kali didalam Al-quran. 
Telah disebutkan juga di dalam Al-Quran anggur memiliki 
khasiat dan kegunaan yang luar biasa. Anggur yang kering 
disebut kismis dan kismis yang baik biasanya berukuran besar, 
berlemak, dan banyak mengandungi minyak, juga berkulit
 tipis dan bijinya sedikit. Menurut Hisham Tahlbah 
dalam karyanya bertajuk Ensiklopedia Mukzijat 
Alquran dan Hadis, kismis yang seperti itu kaya 
kandungan gizi. Jika dimakan bijinya akan memberi 
manfaat yang banyak untuk pencernaan, hati dan limfa. 
Tahlbah menambahkan, kismis juga dapat mempersubur 
hati, selain juga bermanfaat untuk menghilangkan rasa 
sakit di tenggorok, dada, paru-paru dan ginjal.


Kandungan anggur dalam surah Abasa ayat 
27-29 Allah SWT berfirman:

“Lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur, dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu).”


Allah SWT menciptakan anggur di bumi, dengan 
memberikan begitu banyak manfaat bagi umat manusia. 
Aneka jenis buah-buahan segar diciptakan olih 
Maha Pencipta untuk umat manusia. Menurut 
Thlbah, anggur sudah dikenal sejak masa Nabi Nuh AS.


“Dengan (air hujan) itu, Dia menumbuhkan bagi kamu 
tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. 
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada
 tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Surah An Nahl: 11)


Kesimpulannya, anggur adalah salah satu buah yang 
paling banyak manfaatnya. Berkata Tahlbah buah anggur ini, 
sangat baik untuk dimakan, baik ketika masih segar ataupun sudah kering. 
Anggur merupakan buah yang mudah dicerna. 
Anggur hijau maupun merah memiliki khasiat yang sama, 
keduanya bolih dimanfaatkan untuk menjadi buah, 
makanan, minuman, maupun sebagai penawar.


Pendapat yang sama juga dinyatakan olih Ibnu Qay-yim. 
Menurut beliau, anggur adalah salah satu buah-buahan 
yang memiliki banyak manfaat. Anggur adalah salah satu 
buah dari sekian banyak buah, salah satu makanan bergizi 
dari sekian banyak makanan bergizi, salah satu ubat dari 
sekian banyak ubat, dan salah satu minuman dari sekian 
banyak minuman. Sebagai ubat, anggur memiliki 
kandungan gizi yang sangat tinggi.


Tahlbah berkata, anggur diyakini boleh mengubati batuk, 
memurnikan darah, membersihkan usus, pencernaan. 
Didalam bukunya, Pengubatan Pernafasan Thalbah 
menjelaskan, anggur juga memiliki manfaat sebagai ubat 
untuk pengubatan pernafasan. Untuk pengubatan tersebut, 
anggur diolah menjadi minuman yang berupa jus. 
Perahan air anggur juga berkhasiat menurunkan panas 
badan, menghentikan batuk, dan membuat perut merasa nyaman, 
menurut Tahlbah lagi, Jus anggur, boleh membantu penyembuhan 
dari penyakit hemaroid (buasir), gangguan pencernaan, 
batu ginjal dan gangguan hempedu. Menurut tahlban lagi 
anggur muda atau anggur segar, kedua dua memiliki manfaat 
dapat memampatkan darah yang terus menerus mengalir
 keluar (pendarahan), menguatkan dan memperlancar saluran 
pencernaan, serta mengatasi masalah usus besar.


Para doktor nutrisi menganjurkan untuk meminum 
segelas jus anggur, sebelum sarapan dan sebelum makan malam. 
Bahkan meminum segelas anggur sebelum tidur juga membantu 
untuk tidur nyenyak tanpa insomnia. Jus anggur juga baik 
untuk orang-orang yang keracunan, keletihan atau dalam 
masa penyembuhan atau terkena batu ginjal (batu karang). 
Menurut doktor nutrisi lagi, jus anggur harus segera
 diminum setelah diperah airnya karena jika dibiarkan terlalu 
lama ia akan bertukar menjadi arak yang bolih memabukkan.


“Dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman 
yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sungguh, 
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda 
(kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.” (Surah Al-Nahl ayat 67).


Menurut Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar 
Dhiya al-Din al-Malaqi atau lebih dikenal sebagai Ibnu al-Baitar 
anggur adalah buah yang paling diminati. Ia juga tergolong paling
 baik dibandingkan buah-buahan lainnya, karena mengandung 
banyak lemak. Ia dapat menggemukan orang yang kurus, 
membersihkan darah, dan melancar saluran pencernaan. 
Anggur juga bermanfaat untuk memulihkan orang yang
 sakit, dan menguatkan jantung, jelas Ibnu Baithar, ahli 
botani Muslim terkemuka di era kejayaan Islam di Andalusia. 
Anggur sangat efektif dalam membangun, memperbaiki, 
dan memperkuatkan sel-sel tubuh.


Ekstrak Biji Anggur (Vitis Vinifera)

Ekstrak Biji Anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, 
mengandungi perlindungan oligomeric proanthocyanidins (OPC) 
dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak 
Biji Anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers 
(catechins, epicatechin, dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. 
Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida kuat 
yang dapat melindungi badan daripada proses penuaan 
dan pereputan dengan meningkatkan ketahanan plasma darah
 terhadap tekanan beroksida. Kajian saintifik menunjukkan 
bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins di dalam 
ekstrak biji anggur 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E 
dan 50 kali lebih berkuasa daripada vitamin C.


khasiat ubatan yang terkandung di dalam 
buah anggur diantara lain adalah:


1. Mengurangkan risiko serangan jantung.

Anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana
 ianya bolih mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. 
Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.



2. Mengurangkan kolesterol tubuh 

Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang 
mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.



3. Mengatasi masalah sembelit 

Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. 
Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman 
dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.



4. Buah pinggang yang sihat

Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada 
uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan 
asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan 
tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).



5. Kanser payu dara 

Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah 
mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga 
mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.



6. Alzheimer 

Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan 
beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya 
membantu kesihatan otak manusia.



7. Mencegah jangkitan 

Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus 
yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.



8. Risiko kanser 

Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai
 antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and 
proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga 
bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.



Senarai Surah Yang Menyebut
Tentang Anggur & Bilangan Ayat


An-Naba’ 32
Abasa 28
Al-An’am 99
Yaasin 34
Al-Nahl 67



Perbezaan anggur biasa & anggur MUSCADINE



-Anggur biasa-


-Anggur Muscadine-


-Saiz anggur muscadine-



Kenapa anggur muscadine ni ISTIMEWA?


Polifenol di dalam Anggur Muskat


Mengikut perkongsian dari Blossom Widad, polifenol adalah
 sebatian antioksidan semulajadi yang biasa ditemui didalam 
tumbuhan yang boleh dimakan. Sejak 100 tahun yang lalu, 
saintis yang mula mengkaji khasiat kesihatan bagi tumbuhan 
yang mengandungi polifenol yang bertindak sebagai agen antioksidan.



Kajian-kajian saintifik dan penyelidikan-penyelidikan klinikal 
menyarankan yang pengambilan diet yang tinggi dalam kandungan 
polifenol dalam jangka masa panjang dapat melindungi diri dari 
masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.



Selain dari mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi,
 istimewanya Anggur Muskat (Muscadine grapes) ini kerana ia
 juga turut mengandungi asid ellagik (ellagic acid) dalam kepekatan 
yang tinggi yang tidak dijumpai di dalam anggur biasa.



Menurut Hisham Tahlbah dalam karyanya bertajuk 
Ensiklopedia Mukzijat Alquran dan Hadis, 
jus anggur boleh membantu penyembuhan dari penyakit hemaroid (buasir), 
gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan hempedu
Menurut tahlban lagi anggur muda atau anggur segar, kedua dua 
memiliki manfaat dapat memampatkan darah yang terus 
menerus mengalir keluar (pendarahan), menguatkan dan 
memperlancar saluran pencernaan, serta mengatasi masalah usus besar.



Para doktor nutrisi menganjurkan untuk meminum segelas jus anggur, 
sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Bahkan meminum 
segelas anggur sebelum tidur juga membantu untuk tidur nyenyak tanpa 
insomnia. Jus anggur juga baik untuk orang-orang yang keracunan, 
keletihan atau dalam masa penyembuhan atau terkena batu ginjal (batu karang).



Sungguh hebat ciptaan Allah malah jus anggur merah
 juga mengandungi resveratrol iaitu sebatian di dalam buah 
anggur yang berkhasiat bagi meningkatkan kesan ubat kanser yang 
terdapat di dalam segelas jus anggur merah. Ia merupakan bahan
 antioksidan yang kuat, dihasilkan oleh tanaman seperti anggur, 
raspberi, cranberi, dan kacang tanah untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat.



Para penyelidik juga telah mendapati khasiat anggur merah 
dalam mengurangi risiko serangan penyakit jantung, 
Alzheimer, serta melambatkan proses penuaan. Bagi penyelidikan, 
penemuan ini menunjukkan kesan aditif di antara dua sebatian 
pada signal sel kanser payudara dan menghalang pertumbuhan 
sel kanser jika diambil segelas jus anggur merah setiap hari.


1. Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 
20 kromosom(anggur biasa 19 kromosom), dan oleh kerana 
pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak 
faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.



2. Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, 
dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak 
polifenol dan resveratrol



3. Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol
 yang tiada dalam anggur jenis lain.Asid ellagik mempunyai 
peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, 
juga anti virus dan anti bakteria



4. Banyak fitonutrien(phytonutrients ) hadir dalam anggur 
muscadine telah diiktiraf sebagai antioksida dan agen anti-radang
 yang paling berkuasa terutama pada kulit dan biji.



5. Anggur muscadine adalah rendah lemak dan sodium, 
dan mempunyai jumlah kalium, serat dan vitamin C yang sihat.
 Fiber dalam anggur muscadine melebihi fiber dalam oats



6. Anggur muscadine mempunyai kulit yang tebal. Kulit yang 
tebal ini memberikan anggur muscadine ketahanan semula jadi 
untuk penyakit, kulat dan serangga, dan di mana banyak 
kuasa antioksida anggur muscadine disimpan. 



7. Anggur muscadine mempunyai kuasa antioksidan yang
 lebih banyak daripada anggur yang lain. Berdasarkan
 ukuran standard ORAC, anggur muscadine telah diukur 
setinggi 6,800 per 100 gram, berbanding 739 untuk anggur merah . 
Kulit anggur muscadine sahaja mempunyai kira-kira 6-8 kali 
ganda kapasiti antioksidan berbanding keseluruhan blueberry  


Ingin rasakan KEAJAIBAN anggur muskat ni?

Jom rasainya dengan VIVIX TONIK AJAIB....!!

Boleh order melalui:

PM FB

atau

contact 014 - 527 6700

Sekarang & nikmati HARGA ISTIMEWA & 
pelbagai TAWARAN MENARIK! (^_^)