Tetamu Kehormat ;)

Tuesday 8 August 2017

Kembali berblogging! Yeaayy!


Hye korang! Amboi kemain lama tak muncul kan?
Hehe. Biasalah bila lama tak berblog, tak jengah langsung 
makanya lupala password bagai. Haha

By the way, amani dah selamat bersalin tau november 2016 lepas. Hehe.
Nampak tak? Setahun kemudian baru update blog. Haha.
Last update haritu pasal majlis nikah kan.

Now, amani nak aktif berblogging balik! Yeayyy!
And, most of entri amani pasni akan lebih pada tips & petua.
Sebab, banyak sangat kebaikan SHAKLEE yang amani nak kongsikan
dengan korang.

Oh ya, amani still aktif bershaklee tau. Cuma jarang berblogging je.
After this, amani akan aktif bershaklee & berblogging sebab dengan blog, 
senang kita nak share macam-macam tips & petua kan?

So, if korang ada apa-apa nak tanya or consult, roger je amani ok.
BEST & FREE CONSULTATION tau! :)

Ok, tunggu next entri tauuuu! Hehe

bye bye....

Wednesday 9 November 2016

Alhamdulillah ❤

Hye semua. Allahuakbar lamanya tak berblogging. Padahal dulu zaman muda-muda
ni la hobi paling suka sekali. Sanggup hadap laptop sehari semata nak cantikkan blog,
update blog, blogwalking, build contact. After a long time, I'm back! Huhu
Haritu menyepi lama sebab:

-Lupa blog ni guna email yang mana
-Bila dah ingat email, lupa password plak
-Banyak komitmen
-Dah start kerja
-Terasa tua untuk berblogging
-Hilang minat kejap

Hahaha. Terasa tua untuk berblogging? Hilang minat kejap? Ok, boleh plak cenggitu ek. Amani Amani. Oklah, since i'm back now, a little bit update for this 2 years i've been away.


Alhamdulillah now i am officially a wife! Majlis nikah selamat berlangsung 
10 DISEMBER 2015 tahun lepas. Haha. 
Gila lama menyepi dah setahun jadi bini orang baru nak update. Kahkah.


Lepas macam-macam ujian Allah datangkan, Alhamdulillah syukur Allah kurniakan the right one for me and syukur sangat sebab dia seorang suami yang sangat-sangatlah baik. 
Allahuakbar. Besar kan kuasa Allah :')


So, if korang rasa macam terduduk kejap dengan segala ujian Allah bagi, please jangan terduduk 
lama-lama. Bangun balik, ingat Allah, doa banyak-banyak. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar,
Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah. Percayalah dalam setiap ujian itu
pasti ada hikmah.


Ujian tu kan ibarat sebungkus hadiah yang didalamnya terkandung hikmah yang tak disangka! :')
Yang penting, percaya pada kasih sayang Allah SWT.


And bukan tu je ok. Another good news is i'm gonna be a mom! Allahuakbar Alhamdulillah. InshaaAllah due date nya 25 NOVEMBER 2016 ni. 
Doakan moga semua dipermudahkan ye.


Dan inshaaAllah akan kembali aktif berbisnes balik untuk menyahut seruan pak menteri kita untuk tambah side income memandangkan ekonomi yang tak berapa nak cantik sekarang ni kan. Ceq takmau la belanja RM41.60 ja sebulan. Minyak qheta pi qheja pun dah RM200 sebulan. paihtu lagumana nak tanam sayuq tepi ghumah kalau dok apartment kan? Hahahaha.

*klaqak sunggoh naaa dunia la ni*


Doakan moga segala yang dirancang dan dihajati dipermudahkan Allah SWT ye.


Since sekarang pun dah 24 tahun dan dah 2 tahun menyepi dari dunia blogging, bila bukak balik blog, baca balik post-post lama, Allahuakbar rasa nak tergelak guling-guling je, Betapa budak-budak sangat dulu. So segala post-post yang tak matang dan rasa macam perlu didelete dah pun selamat delete. Kahkahkah!


Ok, tu je dulu setakat ni. Doakan yang baik-baik ye. Moga yang baik-baik untuk korang jugak! :*


Wassalam....


Nah belanja sikit gambaq kawen haritu




Gambaq kawen tanpa muka jela naaa. Juai mahai sikit. Kuikuikui.
Okbai.


Thursday 18 September 2014

Vita C Shaklee Terbaikk!



InshaaAllah dalam entri kali ni amani 
nak story pasal 




VITA-E COMPLEX


Haaa. Vita E shaklee ni antara supplemen
shaklee yang sangat laris dipasaran tau!

Vita E shaklee ni sangat-sangatla best!
Rugi sapa dia tak cuba naaa. Huhu.


Mai mai nak cita lebih sikit pasai 
Vita E ni.


Vita E shaklee diperbuat dari minyak soya 
organik & minyak biji gandum, yang kaya dengan
vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl yang aktif
secara fisiologi & digabung dengan 8 jenis 
vitamin E (alpha, beta, gama, delta).

Ianya adalah vitamin E paling lengkap dipasaran.
Ia mengandungi 10mg selenium semulajadi 
yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E,
memelihara membran sel-sel, sel darah merah & 
tisu-tisu otot.

Ianya juga adalah penyahtoksin semulajadi logam
berat seperti raksa, kadmium & mengukuhkan anti-oksidan
melindungi retina.



Manfaat utama:

1) Melindungi jantung

Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk
jantung yang sihat, melindungi sel darah merah
untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan
kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah,
menghalang platelet darah melekat kedinding
arteri, mengahalang anemia hemolitik, penyakit
jantung & lain-lain.



2) Meningkatkan kemampuan reproduktif

Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E
mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para
lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E
sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.


3) Anti-penuaan

1 kapsul vitamin E sehari dapat membantu 
melambatkan penuaan, mengurangkan kedut,
garis halus, parut, jerawat & bintik penuaan.

ianya mampu memulihkan tekstur kulit
& ton muka, dada & otot peha.


4) Anti-oksidan yang kuat

Pengambilan lebih 1200IU sehari untuk anti-oksidan
yang kuat & berkesan untuk melawan kanser, 
mengukuhkan sistem imun, mengahalang atau
melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan
akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah
oksidasi, katarak & masalah penglihatan.


5) Kelestarian tenaga

Meningkatkan kelestarian seksual & tenaga 
dengan membekalkan oksiden yang lebih.


6) Memperbaiki arthritis

Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki
kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir,
urat varikos & sakit sendi


7) Menghalang keguguran

Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada,
sindrom prahaid & menopaus seperti hot flush.
Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang
kematian janin atau keguguran.


8) Memperbaiki parut

Ia juga mampu memperbaiki bengkak & ulser
kulit. Ia boleh dikenakan terus pada luka
untuk mengurangkan kesan parut.



Adakah anda mengambil vitamin E dengan cukup?

Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil
makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal
bebas:

1kg biji gandum
500ml minyak safflower
8kg bayam
500g badam



Adakah vitamin E selamat?

Didalam buku "Prescription For Longevity"
yang ditulis oleh Dr.James Scala terdapat
diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan 
terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1,000
laporan perubatan berkenaan keberkesanan & keselamatan 
vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh
University Harvard keatas kedua-dua lelaki & wanita 
membuktikan bahawa vitamin E mampu mengurangkan
risiko penyakit jantung hampir 41% & strok 33%.

Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat 
adalah 3,200IU.



Berminat?

meh meh PM amani di


atau contact:

014 - 527 6700

sekarang untuk nikmati HARGA ISTIMEWA
& pelbagai keistimewaan :)


Thank You.


Carotomax Shaklee terbaik untuk pengilhatan anda


Alhamdulillah. Untuk entri kali ni amani
nak kongsi tentang kehebatan:




CAROTOMAX



Carotomax shaklee ni mengandungi 6 varieti
karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran &
buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan
seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli,
marigold, epal, kentang, minyak sawit & lain-lain.


Pengambilan purata karotenoid lutein, likopena
& beta karotena adalah hanya 8mg. Carotomax
mampu membekalkan sehingga 13mg (21,500IU) 
karotenoid yang terbaik.


Ahli nutrisi shaklee mencadangkan pengambilan
5-9 hidangan sayuran & buahan untuk mengekalkan 
konsentrasi beta karotena dalam darah, seterusnya
memelihara kesihatan penglihatan, kulit & mampu
mencegah kanser.



Manfaat utama:

1) Meningkatkan penglihatan

Ia mampu menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan
kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia mampu 
meningkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia
(rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism,
xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, 
katarak, floaters & eye bags.


2) Meredakan penyakit kulit

Carotomax mampu melegakan masalah kulit
seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur
& jerawat. Penggunaan luaran untuk merawat pustule,
scabies, akne & ulser mulut.


3) Melindungi epithelial

Ia memlihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, 
perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa
disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.


4) Melawan kanser & oksidasi

Pengambilan secara konsisten beta karotena
terbukti mampu mengukuhkan sistem imun, 
melambatkan penuaan, menyekat aktiviti sel kanser
& mengahalang pembentukan sel-sel kanser. Ini terbukti
akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali
kanser paru-paru & payudara. Ia juga mengurangkan
radikal bebas & menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.


5)Menghalang infeksi

Meransang enzim membunuh kuman, menyekat
& mempertingkatkan kondisi penyakit sistem
respiratori paru-paru.


6) Menggalakkan perkembangan normal & sihat

Meransang perkembangan kanak-kanak
& remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, 
kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi & sistem 
reproduksi, Juga untuk penghasilan sperma yang sihat.



Kandungan:


1) Alpha Carotene Beta Carotene

Elok untuk membantu penglihatan malam, mata sihat,
menghalang denegrasi penglihatan, memperbaiki kulit &
mempercepatkan pemulihan luka.

Ia juga membantu meningkatkan sistem imun,
mengurangkan risiko kanser usus, payudara & prostat.


2) Lycopene

Bersifat anti-oksida, mengahalang penuaan organ,
untuk serviks yang sihat, kitaran jantung & sistem imun.
Mencegah penyakit kelenjar prostat.


3) Astaxanthin

Pigmen didalam alga & fitoplankton memberikan warna
pink ikan salmon. Walaubagaimanapun, shaklee 
menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut,
sumber yang poten & tulen. Ia melindungi dari
kerosakan oksidasi kolestrol LDL.


4) Lutein

Mencegah katarak, AMD (Age related Macular Disease) 
& glaukoma.


5) Zeaxanthin

Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru
pendek berbahaya. Ia juga mencegah kanser payudara,
ovari, endometrial & serviks.



1 hidangan Carotomax Shaklee =

89x hidangan raspberries Alpha Carotene
+
102x hidangan pisang carotene
+
714x hidangan aprikot lycopene
+
113g salmon astaxanthin
+
285 hidangan limau bali pink lutein & zeaxanthin







Berminat?

meh meh PM amani di


atau contact:

014 - 527 6700

sekarang untuk nikmati SPECIAL PRICE
& pelbagai keistimewaan :)


Thank You.


Tingkatkan Imun Dengan Nutriferon Shaklee

Dalam entri kali ni, Amani nak
cerita pasal



NUTRIFERON


Haaa, tudiaa. Nutriferon ni merupakan penemuan terhebat 
dalam bidang immunologi oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari 
University Tokyo pada tahun 1954.


Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan
semula beribu-ribu jenis sebatian & lebih 200 jenis
herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya
membangunkan satu-satunya interferon semulajadi
didunia.

Dr. Kojima telah menetapkan bahawa ekstrak 
dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, 
honeysuckle jepun & biji plantago, mempunyai daya
kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi 
interferon tubuh.

Formula yang digunakan adalah semulajadi,
selamat, tulen & berkesan. Penemuan & rekaannya
telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam
bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu formula eksklusif & dipaten
oleh shaklee & tidak dijual dikedai-kedai biasa.
Ia hanya boleh didapati melalui shaklee.

Didalam bidang perubatan, suntikan interferon
banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis,
kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes,
HIV & lain-lain.

Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon
amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan
imfluenza & berbagai jenis penyakit.


Manfaat utama:

1) Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari

Kajian telah membuktikan bahawa interferon mampu 
merangsang & mempertingkat secara keseluruhan sistem
imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan
semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells
& makrofag.


2) Melawan kanser & tumor

Ia semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang
& mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel
tumor & kanser. Ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan
pada waktu rawatan kemoterapi.


3) Melindungi dari influenza

Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran &
pencemaran udara, melindungi dengan berkesan 
daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi,
inflamasi & influenza.


4) Melambatkan penuaan

Formula unik nutriferon mampu meransang pengeluaran
makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus & kuman.
Justeru itu, sel-sel dalam badan akan menjadi lebih sihat.


5) Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C

Keberkesanan nutriferon dalam memerangi virus akan
mengurangkan infeksi & meminimumkan ketidakselesaan
seperti kembung perut, rasa mual, muntah & lain-lain
kepada pesakit hepatitis B.


6) Mempertingkatkan menopaus

Hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah &
masalah lain berkaitan dengan menopaus akan menjadi
lebih baik.


7) Mempertingkatkan PMS

Ia mampu mengurangkan simptom  yang terjadi 
akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu
kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara,
masalah jerawat, kegelisahan, insomnia & mood swing.



Kandungan Nutriferon:

1) Biji Labu

Meransang pengeluaran interferon semulajadi
didalam tubuh, menentang radikal bebas
& faktor penyebab kanser.


2) Biji Plantago Asiatica

Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan
sel-sel imun.


3) Honeysuckle Jepun

Menentang pencerobohan virus & kuman


4) Bunga Safflower

Menghasil & memperkuatkan keupayaan
memusnahkan virus & kuman.



Dari mana datangnya virus, kuman & mikrob?

Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob
melalui pernafasan (hawa dingin, gas buangan, asap, 
virus diudara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek,
makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja & lain-lain.



Bagaimana mikrob menjejaskan kita?

Apabila banyak kuman & mikrob menyerang kita pada
sesuatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita
kekurangan interferon & sel-sel imun, kita akan
cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti flu, 
batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat & lain-lain.

Sel-sel yang teroksidasi & tidak sihat membentuk 
lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan
penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser & lain-lain.



Testimoni?







Berminat?

Meh meh PM amani di 


atau contact:

014 - 527 6700 

sekarang & nikmati HARGA SPECIAL
serta pelbagai keistimewaan lagi (^^,)


Thank you.



Monday 11 August 2014

Gempar: Anggur Ajaib Dalam Vivix!!

Haiii kesayangan semua. Haa tudia sahuq sahuq ni dan lagi 
nak hupdate pasaiii berita tergempaq haaa.
Saja ja naaa nak kasi gempaq. Ada gaya Mummy Jarum dak?
Hahaha
Ok, cukuplah merapu meraban. Now let's go 
to the point. InshaaAllah kali ni Amani nak share sikit knowledge
pasal ANGGUR dalam entri kali ni :)


Anggur ni sangat-sangatlah istimewa. Nak tau kenapa 
Amani cakap camtu?


Sebab... 

Menerusi kajian secara ilmiah mengenai buah anggur, 
diyakini bahawa ia memiliki khasiat dari sudut perubatan. 
Anggur merupakan sejenis buah rendah lemak, 
dan disebut-sebut sebagai makanan fungsional yang 
banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang terkandung 
kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular.


Anggur mengandungi 70 % kalori per setengah cawan dan
 merupakan sumber potassium, vitamin C dan pectin – sejenis 
serat yang dapat membantu mengurangi kolesterol darah. 


Bila telah dikeringkan ia dipanggil kismis, 
anggur memiliki konsentrasi gula dan zat besi yang tinggi. 
Anggur juga mengandungi beberapa phytochemical termasuk 
resveratrol yang terdapat dalam kulitnya. 
Dalam beberapa penelitian terhadap resveratrol 
yang terdapat dalam kulit semua jenis anggur,
 ianya baik untuk mengurangi risiko kanser payudara, 
kanser hati, kanser usus dan penyakit jantung.


Anggur yang segar bukan sahaja mengandungi vitamin 
yang baik untuk kesihatan. Selain untuk dimakan, anggur juga 
boleh dijadikan sebagai bahan kecantikan. Sekiranya dijadikan 
sebagai bahan dalam bentuk krim, ia mampu menyerap ke dalam kulit. 
Krim yang diperkaya dengan vitamin daripada pokok anggur 
yang mampu hidup sehingga 60 tahun itu, dapat mengurangkan 
garis halus, mengawal jerawat yang baik dan turut membantu 
mengawal sejenis masalah kulit iaitu psoriasis.


Kajian menunjukkan anggur bukan saja membekalkan kandungan
 vitamin C yang tinggi, bahkan boleh membaiki tahap anti oksida 
dalam tubuh manusia. Kehadiran tinggi radikal bebas yang 
berpunca daripada pelbagai elemen seperti pencemaran 
didapati antara punca utama yang menyebabkan kulit
 mengalami proses penuaan dengan cepat.


Justeru, apa saja yang mengandungi bahan anti oksida 
berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Anggur diantaranya. 
Tidak hairanlah pengambilan anggur digalakkan berikutan 
kandungan anti oksidanya yang tinggi. Anggur yang 
mengandungi vitamin C memang terkenal peranannya 
mencantikkan kulit wajah juga berfungsi sebagai anti oksida.


“Ia juga membantu meneutralkan kemusnahan molekul radikal 
bebas kulit, membantu melindungi kulit daripada kesan 
kemusnahan sinar UVA dan UVB yang boleh merosakkan kulit.


“Selain buah, biji anggur pula dikatakan 50 kali ganda 
lebih efektif sebagai anti oksida berbanding vitamin E, 
malah membantu kelembapan kepada kulit. 
Sementara daunnya pula yang kaya dengan polyphenols 
membantu dalam proses pembuangan toksin tubuh,”


Di antara sekian banyak buah-buahan Buah Anggur 
telah disebutkan sebanyak 14 kali didalam Al-quran. 
Telah disebutkan juga di dalam Al-Quran anggur memiliki 
khasiat dan kegunaan yang luar biasa. Anggur yang kering 
disebut kismis dan kismis yang baik biasanya berukuran besar, 
berlemak, dan banyak mengandungi minyak, juga berkulit
 tipis dan bijinya sedikit. Menurut Hisham Tahlbah 
dalam karyanya bertajuk Ensiklopedia Mukzijat 
Alquran dan Hadis, kismis yang seperti itu kaya 
kandungan gizi. Jika dimakan bijinya akan memberi 
manfaat yang banyak untuk pencernaan, hati dan limfa. 
Tahlbah menambahkan, kismis juga dapat mempersubur 
hati, selain juga bermanfaat untuk menghilangkan rasa 
sakit di tenggorok, dada, paru-paru dan ginjal.


Kandungan anggur dalam surah Abasa ayat 
27-29 Allah SWT berfirman:

“Lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur, dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu).”


Allah SWT menciptakan anggur di bumi, dengan 
memberikan begitu banyak manfaat bagi umat manusia. 
Aneka jenis buah-buahan segar diciptakan olih 
Maha Pencipta untuk umat manusia. Menurut 
Thlbah, anggur sudah dikenal sejak masa Nabi Nuh AS.


“Dengan (air hujan) itu, Dia menumbuhkan bagi kamu 
tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. 
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada
 tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Surah An Nahl: 11)


Kesimpulannya, anggur adalah salah satu buah yang 
paling banyak manfaatnya. Berkata Tahlbah buah anggur ini, 
sangat baik untuk dimakan, baik ketika masih segar ataupun sudah kering. 
Anggur merupakan buah yang mudah dicerna. 
Anggur hijau maupun merah memiliki khasiat yang sama, 
keduanya bolih dimanfaatkan untuk menjadi buah, 
makanan, minuman, maupun sebagai penawar.


Pendapat yang sama juga dinyatakan olih Ibnu Qay-yim. 
Menurut beliau, anggur adalah salah satu buah-buahan 
yang memiliki banyak manfaat. Anggur adalah salah satu 
buah dari sekian banyak buah, salah satu makanan bergizi 
dari sekian banyak makanan bergizi, salah satu ubat dari 
sekian banyak ubat, dan salah satu minuman dari sekian 
banyak minuman. Sebagai ubat, anggur memiliki 
kandungan gizi yang sangat tinggi.


Tahlbah berkata, anggur diyakini boleh mengubati batuk, 
memurnikan darah, membersihkan usus, pencernaan. 
Didalam bukunya, Pengubatan Pernafasan Thalbah 
menjelaskan, anggur juga memiliki manfaat sebagai ubat 
untuk pengubatan pernafasan. Untuk pengubatan tersebut, 
anggur diolah menjadi minuman yang berupa jus. 
Perahan air anggur juga berkhasiat menurunkan panas 
badan, menghentikan batuk, dan membuat perut merasa nyaman, 
menurut Tahlbah lagi, Jus anggur, boleh membantu penyembuhan 
dari penyakit hemaroid (buasir), gangguan pencernaan, 
batu ginjal dan gangguan hempedu. Menurut tahlban lagi 
anggur muda atau anggur segar, kedua dua memiliki manfaat 
dapat memampatkan darah yang terus menerus mengalir
 keluar (pendarahan), menguatkan dan memperlancar saluran 
pencernaan, serta mengatasi masalah usus besar.


Para doktor nutrisi menganjurkan untuk meminum 
segelas jus anggur, sebelum sarapan dan sebelum makan malam. 
Bahkan meminum segelas anggur sebelum tidur juga membantu 
untuk tidur nyenyak tanpa insomnia. Jus anggur juga baik 
untuk orang-orang yang keracunan, keletihan atau dalam 
masa penyembuhan atau terkena batu ginjal (batu karang). 
Menurut doktor nutrisi lagi, jus anggur harus segera
 diminum setelah diperah airnya karena jika dibiarkan terlalu 
lama ia akan bertukar menjadi arak yang bolih memabukkan.


“Dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman 
yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sungguh, 
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda 
(kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.” (Surah Al-Nahl ayat 67).


Menurut Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar 
Dhiya al-Din al-Malaqi atau lebih dikenal sebagai Ibnu al-Baitar 
anggur adalah buah yang paling diminati. Ia juga tergolong paling
 baik dibandingkan buah-buahan lainnya, karena mengandung 
banyak lemak. Ia dapat menggemukan orang yang kurus, 
membersihkan darah, dan melancar saluran pencernaan. 
Anggur juga bermanfaat untuk memulihkan orang yang
 sakit, dan menguatkan jantung, jelas Ibnu Baithar, ahli 
botani Muslim terkemuka di era kejayaan Islam di Andalusia. 
Anggur sangat efektif dalam membangun, memperbaiki, 
dan memperkuatkan sel-sel tubuh.


Ekstrak Biji Anggur (Vitis Vinifera)

Ekstrak Biji Anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, 
mengandungi perlindungan oligomeric proanthocyanidins (OPC) 
dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak 
Biji Anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers 
(catechins, epicatechin, dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. 
Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida kuat 
yang dapat melindungi badan daripada proses penuaan 
dan pereputan dengan meningkatkan ketahanan plasma darah
 terhadap tekanan beroksida. Kajian saintifik menunjukkan 
bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins di dalam 
ekstrak biji anggur 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E 
dan 50 kali lebih berkuasa daripada vitamin C.


khasiat ubatan yang terkandung di dalam 
buah anggur diantara lain adalah:


1. Mengurangkan risiko serangan jantung.

Anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana
 ianya bolih mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. 
Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.



2. Mengurangkan kolesterol tubuh 

Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang 
mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.



3. Mengatasi masalah sembelit 

Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. 
Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman 
dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.



4. Buah pinggang yang sihat

Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada 
uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan 
asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan 
tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).



5. Kanser payu dara 

Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah 
mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga 
mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.



6. Alzheimer 

Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan 
beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya 
membantu kesihatan otak manusia.



7. Mencegah jangkitan 

Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus 
yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.



8. Risiko kanser 

Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai
 antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and 
proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga 
bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.



Senarai Surah Yang Menyebut
Tentang Anggur & Bilangan Ayat


An-Naba’ 32
Abasa 28
Al-An’am 99
Yaasin 34
Al-Nahl 67



Perbezaan anggur biasa & anggur MUSCADINE



-Anggur biasa-


-Anggur Muscadine-


-Saiz anggur muscadine-



Kenapa anggur muscadine ni ISTIMEWA?


Polifenol di dalam Anggur Muskat


Mengikut perkongsian dari Blossom Widad, polifenol adalah
 sebatian antioksidan semulajadi yang biasa ditemui didalam 
tumbuhan yang boleh dimakan. Sejak 100 tahun yang lalu, 
saintis yang mula mengkaji khasiat kesihatan bagi tumbuhan 
yang mengandungi polifenol yang bertindak sebagai agen antioksidan.



Kajian-kajian saintifik dan penyelidikan-penyelidikan klinikal 
menyarankan yang pengambilan diet yang tinggi dalam kandungan 
polifenol dalam jangka masa panjang dapat melindungi diri dari 
masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.



Selain dari mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi,
 istimewanya Anggur Muskat (Muscadine grapes) ini kerana ia
 juga turut mengandungi asid ellagik (ellagic acid) dalam kepekatan 
yang tinggi yang tidak dijumpai di dalam anggur biasa.



Menurut Hisham Tahlbah dalam karyanya bertajuk 
Ensiklopedia Mukzijat Alquran dan Hadis, 
jus anggur boleh membantu penyembuhan dari penyakit hemaroid (buasir), 
gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan hempedu
Menurut tahlban lagi anggur muda atau anggur segar, kedua dua 
memiliki manfaat dapat memampatkan darah yang terus 
menerus mengalir keluar (pendarahan), menguatkan dan 
memperlancar saluran pencernaan, serta mengatasi masalah usus besar.



Para doktor nutrisi menganjurkan untuk meminum segelas jus anggur, 
sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Bahkan meminum 
segelas anggur sebelum tidur juga membantu untuk tidur nyenyak tanpa 
insomnia. Jus anggur juga baik untuk orang-orang yang keracunan, 
keletihan atau dalam masa penyembuhan atau terkena batu ginjal (batu karang).



Sungguh hebat ciptaan Allah malah jus anggur merah
 juga mengandungi resveratrol iaitu sebatian di dalam buah 
anggur yang berkhasiat bagi meningkatkan kesan ubat kanser yang 
terdapat di dalam segelas jus anggur merah. Ia merupakan bahan
 antioksidan yang kuat, dihasilkan oleh tanaman seperti anggur, 
raspberi, cranberi, dan kacang tanah untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat.



Para penyelidik juga telah mendapati khasiat anggur merah 
dalam mengurangi risiko serangan penyakit jantung, 
Alzheimer, serta melambatkan proses penuaan. Bagi penyelidikan, 
penemuan ini menunjukkan kesan aditif di antara dua sebatian 
pada signal sel kanser payudara dan menghalang pertumbuhan 
sel kanser jika diambil segelas jus anggur merah setiap hari.


1. Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 
20 kromosom(anggur biasa 19 kromosom), dan oleh kerana 
pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak 
faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.



2. Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, 
dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak 
polifenol dan resveratrol



3. Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol
 yang tiada dalam anggur jenis lain.Asid ellagik mempunyai 
peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, 
juga anti virus dan anti bakteria



4. Banyak fitonutrien(phytonutrients ) hadir dalam anggur 
muscadine telah diiktiraf sebagai antioksida dan agen anti-radang
 yang paling berkuasa terutama pada kulit dan biji.



5. Anggur muscadine adalah rendah lemak dan sodium, 
dan mempunyai jumlah kalium, serat dan vitamin C yang sihat.
 Fiber dalam anggur muscadine melebihi fiber dalam oats



6. Anggur muscadine mempunyai kulit yang tebal. Kulit yang 
tebal ini memberikan anggur muscadine ketahanan semula jadi 
untuk penyakit, kulat dan serangga, dan di mana banyak 
kuasa antioksida anggur muscadine disimpan. 



7. Anggur muscadine mempunyai kuasa antioksidan yang
 lebih banyak daripada anggur yang lain. Berdasarkan
 ukuran standard ORAC, anggur muscadine telah diukur 
setinggi 6,800 per 100 gram, berbanding 739 untuk anggur merah . 
Kulit anggur muscadine sahaja mempunyai kira-kira 6-8 kali 
ganda kapasiti antioksidan berbanding keseluruhan blueberry  


Ingin rasakan KEAJAIBAN anggur muskat ni?

Jom rasainya dengan VIVIX TONIK AJAIB....!!

Boleh order melalui:

PM FB

atau

contact 014 - 527 6700

Sekarang & nikmati HARGA ISTIMEWA & 
pelbagai TAWARAN MENARIK! (^_^)